Wednesday, February 29, 2012

♥♥Sekeping Hati♥♥


Buat renungan……


Nabi Muhammad S.A.W bersabda,

“ Sesnugguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan itu adalah hati.”


(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir)


Hati tidak mempunyai lidah namun ia berkata-kata melalui suara hati. Hati itu tak pernah mengenal erti jemu untuk melakarkan kata-kata. Walau kadang diusik dengan getaran jiwa, ia tetap akan berbicara tanpa henti. Hati akan meluahkan rasa ketika sepi bertandang dalam diri. Hati juga boleh melihat, walau tiada mata. Namun pandangannya jelas nyata kerna hati akan merenung jauh dimana jasadnya jiwa. Kerna hati adalah suatu tapak merasai keindahan terciptanya perasaan.


Hati berasaskan iman. Membimbing, mendorong diri ke jalan Illahi. Walau suka dan duka datang silih berganti. Namun kekuatan hati mengatasi segalanya untuk terus berdiri di alam realiti. Malahan, hati turut menyimpan segala rahsia dan menyimpan segala kata-kata. Terpendam dan terbuku indah di diari hati. Mungkin itulah lumrah sekeping hati akan selalu ada yang indah dan derita menghiasi hari.


Hati tempat bermula tersematnya ikatan janji. Antara percaya dan memberi semuanya terletak pada ketulusan, kejujuran dan keihklasan hati. Nilai dan fikirkanlah terlebih dahulu sebelum mencipta sesuatu janji. Kemungkinan, janji yang tercipta bakal melukai dan menyakiti diri sendiri atau insan lain. Lantaran, berpeganglah pada janji dan cubalah untuk mengotakan setiap janji yang dibuat.


Hati bisa merasa pahit, manis, masam dan tawar andai kurang perencah dalam sesuatu kehidupan. Ingatlah, hati boleh terluka dek dihiris kata-kata sakit dan pedih. Hati akan merasa manis andai kehidupan yang dijalani penuh dengan kesyukuran, ketenangan dan kebahagiaan. Namun, hati turut merasa tawar tika berhadapan dengan situasi-situasi yang hambar.


Yang sepi itu hati. Yang faham juga hati. Yang bersih itu hati. Yang khusyuk juga hati. Yang murni itu hati. Yang tawadhu juga hati. Yang tulus itu hati. Yang indah juga hati. Yang suci itu hati. Yang mendambakan bahagia juga hati. Yang ada dalam diri hanyalah sekeping hati. Jagalah hati sebaik-baiknya, rawatlah ia andai terluka. Jangan biarkan hati kotor kerna kebersihan hati yang hakiki pasti akan berada di sisi Allah.


Usahlah dikau gusar dan bimbang wahai sang hati. Jangan pernah sesekali ada cemburu dalam dirimu. Kerna sang hati begitu hebat di mata manusia. Semua peribadi dan tingkah laku manusia bermula dari mu wahai sang hati. Dikaulah raja dalam diri manusia. Walau, dikau remuk, sakit, pedih, retak seribu, dipalu, dihimpit, dilukai namun sang hati tetap berada di hati. Dikau masih mampu mengukir bahagia di hati.


Hati.. Tabahkanlah atas apa yang menimpamu,

Hati.. Redhakanlah apa yang telah berlaku,

Hati.. Syukurlah atas nikmat yang diberi padamu,

Hati.. Janganlah lupa untuk mengingati PenciptaMu,

Hati.. Usah kau himpun dosa dalam diri,

Hati.. Dekatkanlah diri dengan pencipta Illahi,

Hati.. Jauhilah diri dari kehidupan duniawi,

Hati.. Kau teguhkanlah iman dalam diri,

Hati.. Beri kami kehidupan yang bahagia,

Hati.. Damaikanlah hidup kami sekeluarga,

Hati.. Tenangkanlah kami menghadapi setiap pancaroba….


Solat bermulanya dari hati. Aqidah juga dari hati. Hati ikhlaskan kerana Tuhanmu. Apabila tubuh mati, Allah akan menyeru hati.


Ulama mengelaskan hati manusia melalui beberapa jenis. Antaranya:

a) Hati yang sahih (qalbun sahih)

Hati yang suci, bersih dan bebas daripada segala gangguan yang menyebabkan terhalangnya manusia melaksanakan perintah Allah S.W.T.


b) Hati yang mati (qalbum mayyit)

Mereka yang memiliki hati yang degil dan ego untuk menyembah Allah.. Manusia jenis ini bekerjasama atau sekutu bagi syaitan dan nafsu.


c) Hati yang sakit (qalbum maridh)

Hati yang masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada benih-benih penyakit.. Kadangkala mereka hidup sihat berpandukan iman tetapi ada kalanya mereka mengutamakan nafsu yang menggila.


“Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepadaMu”

                                                                                                              (Riwayat Muslim)


~Sekeping hati bawa berlayar meniti hari.. Lautan diredah mencari permata hati..  Indahnya hati mulianya peribadi.. Itulah insan yang sejati~.......D.z...^_^~~~♥♥♥♥




No comments:

Post a Comment