Tuesday, February 28, 2012

♥♥Impian Hidup♥♥

Manusia tak akan pernah lari dari impian hidup termasuklah diriku sendiri. Namun, biarlah impianku menjadi rahsia. Walaupun, agak payah untuk mengapainya, tapi ia bukanlah sesuatu yang mutsahil. Semua orang boleh berjaya, cuma kejayaan seseorang itu bergantung pada usaha dan azam masing-masing. “Gantungkanlah azammu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan”. Kata-kata ini sentiasa menjadi pegangan ku untuk mengapai apa yang di impi. Aku boleh. Kita boleh, Malaysia boleh. Jika orang lain boleh berjaya, mengapa tidak kita yang berjaya. Kita mesti yakin yang kita boleh berjaya jua.

Setiap orang pasti mempunyai prinsip hidup berdasarkan pandangan masing-masing. Prinsipku adalah mudah iatu kegagalan bukanlah bermakna titik hitam dalam hidupku tetapi titik permulaan sebelum aku memperolehi kejayaan. Kegagalan hanyalah satu ujian yang akan menguji sama ada kita akan bangkit semula dan terus berusaha tanpa pernah mengenal erti jemu, atau kita akan terus meraba-raba dalam kegelapan tanpa mencari ikhtiar untuk keluar dari kegelapan tersebut.


Anggaplah kegagalan sebagai kawan, dan bukan lawan untuk dimusuhi. Walaupun, ramai yang membenci akan kegagalan, tetapi ramai juga yang akan gagal terlebih dahulu sebelum mendapat apa yang mereka mahukan. Begitu juga dengan ahli saintis, yang sentiasa mencari idea atau formula yang baru untuk memudahkan segala urusan manusia turut megalami kegagalan sebelum mereka berjaya. Malahan, mereka akan bangun dan terus bangun sehingga mendapat formula yang sesuai atau berkesan. 
Oleh itu, jangan pernah takut untuk mengalami kegagalan. Kegagalan akan meniupkan semangat yang gental dalam diri dan menjadikan kita lebih berani dalam melakukan apa jua kerja. Biarlah orang mengkritik kita kerana gagal, dan jadikanlah kritikan itu sebagai panduan untuk mencapai apa yang kita mahukan. Impian, bukanlah satu perkara yang mudah atau sekejap untuk kita tunaikan tetapi mengambil masa yang lama sehingga kita tidak menyedari yang umur kita turut meningkat. Kadang-kadang impian hanyalah angan-angan yang tidak mampu kita tunaikan apabila kita tidak dapat melawan ketentuan Illahi. Pertemuan, jodoh, ajal dan maut semuanya di tangan Allah dan kita sebagai hamba yang hidup di muka bumi-Nya hanya menurut segala takdir yang telah diutuskannya. 


         Hanya Dialah yang paling berkuasa terhadap hamba-hamba nya. Hanya Dialah yang menentukan kehidupan kita sebelum dan selepas, mati dan hidup, jatuh dan tumbangnya, pandai dan ceteknya, baik dan buruk, tinggi dan rendahnya kehidupan seseorang. Janganlah pernah melupakan Allah, kerana dialah pencipta seluruh alam. Sujudlah kepada-Nya dan turutilah segala perintah-Nya agar kehidupan kita akan diberkati dan diredhai-Nya. Semakin kita menghampiri kejayaan semakin banyak liku-liku yang harus di tempuhi. Walau seribu badai datang melanda akan diri ini pastikan setiap impian ku tercapai....D.z...^_^
           


             
          
        


No comments:

Post a Comment