Buat renungan……
Nabi
Muhammad S.A.W bersabda,
“
Sesnugguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik,
maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak, maka
rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan itu adalah hati.”
(Riwayat
Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir)
Hati berasaskan iman. Membimbing, mendorong diri ke jalan
Illahi. Walau suka dan duka datang silih berganti. Namun kekuatan hati
mengatasi segalanya untuk terus berdiri di alam realiti. Malahan, hati turut
menyimpan segala rahsia dan menyimpan segala kata-kata. Terpendam dan terbuku
indah di diari hati. Mungkin itulah lumrah sekeping hati akan selalu ada yang
indah dan derita menghiasi hari.
Hati tempat bermula tersematnya ikatan janji. Antara percaya
dan memberi semuanya terletak pada ketulusan, kejujuran dan keihklasan hati. Nilai dan fikirkanlah terlebih dahulu sebelum mencipta sesuatu janji.
Kemungkinan, janji yang tercipta bakal melukai dan menyakiti diri sendiri atau
insan lain. Lantaran, berpeganglah pada janji dan cubalah untuk mengotakan
setiap janji yang dibuat.
Hati bisa merasa pahit, manis, masam dan tawar andai kurang
perencah dalam sesuatu kehidupan. Ingatlah, hati boleh terluka dek dihiris
kata-kata sakit dan pedih. Hati akan merasa manis andai kehidupan yang
dijalani penuh dengan kesyukuran, ketenangan dan kebahagiaan. Namun, hati
turut merasa tawar tika berhadapan dengan situasi-situasi yang hambar.
Yang sepi itu hati. Yang faham juga hati. Yang bersih itu
hati. Yang khusyuk juga hati. Yang murni itu hati. Yang tawadhu juga hati.
Yang tulus itu hati. Yang indah juga hati. Yang suci itu hati. Yang
mendambakan bahagia juga hati. Yang ada dalam diri hanyalah sekeping hati.
Jagalah hati sebaik-baiknya, rawatlah ia andai terluka. Jangan biarkan hati
kotor kerna kebersihan hati yang hakiki pasti akan berada di sisi Allah.
Usahlah dikau gusar dan bimbang wahai sang hati. Jangan pernah
sesekali ada cemburu dalam dirimu. Kerna sang hati begitu hebat di mata
manusia. Semua peribadi dan tingkah laku manusia bermula dari mu wahai sang
hati. Dikaulah raja dalam diri manusia. Walau, dikau remuk, sakit, pedih,
retak seribu, dipalu, dihimpit, dilukai namun sang hati tetap berada di hati.
Dikau masih mampu mengukir bahagia di hati.
Hati..
Tabahkanlah atas apa yang menimpamu,
Hati..
Redhakanlah apa yang telah berlaku,
Hati..
Syukurlah atas nikmat yang diberi padamu,
Hati..
Janganlah lupa untuk mengingati PenciptaMu,
Hati..
Usah kau himpun dosa dalam diri,
Hati..
Dekatkanlah diri dengan pencipta Illahi,
Hati..
Jauhilah diri dari kehidupan duniawi,
Hati..
Kau teguhkanlah iman dalam diri,
Hati..
Beri kami kehidupan yang bahagia,
Hati..
Damaikanlah hidup kami sekeluarga,
Hati..
Tenangkanlah kami menghadapi setiap pancaroba….
Solat bermulanya dari hati. Aqidah juga dari hati. Hati
ikhlaskan kerana Tuhanmu. Apabila tubuh mati, Allah akan menyeru hati.
Ulama mengelaskan hati manusia melalui beberapa jenis. Antaranya:
a)
Hati yang sahih (qalbun sahih)
Hati
yang suci, bersih dan bebas daripada segala gangguan yang menyebabkan
terhalangnya manusia melaksanakan perintah Allah S.W.T.
b)
Hati yang mati (qalbum mayyit)
Mereka
yang memiliki hati yang degil dan ego untuk menyembah Allah.. Manusia jenis ini
bekerjasama atau sekutu bagi syaitan dan nafsu.
c)
Hati yang sakit (qalbum maridh)
Hati
yang masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada benih-benih penyakit..
Kadangkala mereka hidup sihat berpandukan iman tetapi ada kalanya mereka
mengutamakan nafsu yang menggila.
“Ya
Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan
ketaatan kepadaMu”
(Riwayat Muslim)
~Sekeping
hati bawa berlayar meniti hari.. Lautan diredah mencari permata hati..
Indahnya hati mulianya peribadi.. Itulah insan yang
sejati~.......D.z...^_^~~~ ♥♥♥♥